USTAZ AHMAD SHADAN AL-HADRAMI
TEMUBUAL TOKOH
LATAR BELAKANG
Nama : Ustaz Shahrul Nizam @ Ahmad Al Hadrami
Pendidikan : Sarjana Muda Syariah Islamiah B.A Hons-
Universiti Al-Azhar Tanta Mesir
:
Jurusan Syariah – Institut Pengajian Tinggi Ilmu Islam Darul Mustoffa Yaman
: Diploma Tahfiz Al-Quran (JAKIM)- Maahad
Tahfiz Al-Quran- Hafiz Melaka
: SPM-
Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor, Selangor
Jawatan
sekarang : Pengerusi
Pusat Ilmu Darul Muhibbin, Darul Muhibbin
Management
Darul Muhibbin Enterprise, Pebimbimg
Majlis Ta’lim Darul Muhibbin
Kerjaya
Sekarang :
Penceramah Bebas,
Perunding Motivasi Kerohanian
Sekolah-sekolah, (Mempunyai tauliah mengajar Negeri Selangor dan Wilayah
Persekutuan KL)
PENTERJEMAH
DAN PERANTARA ULAMA’ LUAR NEGARA
Pengalaman :
-
Pengetua Pusat Tahfiz Darul
Haafizhiin Dato’ Keramat, Kuala Lumpur
-
Imam 3 Masjid Al-Ansar, Taman
Kerama Kuala Lumpur
-
Imam Masjid Baitul Amal Jalan
Damai, Kuala Lumpur
-
Guru Tahfiz Al Quran/ Kitab
Pondok/ Bahasa Arab/ Matematik Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tazkirah, Ampang Selangor
-
Imam Rakyat Masjid Al-Khairiah AU3
Selangor
-
Guru Tahfiz Al- Quran/ Guru
Disiplin/ Guru Panitia Peperiksaan SMU& SPM Maahad Tahfiz Al- Quran/ Guru
kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Maahad Tahfiz Al-quran Taman Minang, Cheras Kuala
lumpur
Pensyarah
(part time) :
Universiti Kebangsaan Malaysia
Penceramah
Jemputan :
Hospital Universiti (HUKM)/ KLCC/ KWSP/
Touch N GO/ Felda/ Pernec/ Lembaga Getah Malaysia/ Surau Polis Setiawangsa/ AM
bank/ Amanah Raya Berhad / PLUS/ TV3 & TV9 & TV Al-Hijrah
Moderator :
Forum Perdana PERKID
Forum Ulul Albab Lembah Klang
Penceramah : Kerohanian Anak Kem PERKID
Penceramah
Jemputan : Dalam dan Luar Negeri
Pembimbing
dan penceramah kerohanian :
Surau, Masjid, Pejabat &
Sekolah-sekolah sekitar Selangor & Kuala Lumpur
Penasihat
Persatuan Muhibbin : Kuala Lumpur
Naib
Pengerusi Alumni (An-Nur) : Darul Musthafa Hadramount
Yaman- Malaysia
Pembimbing
Program Qiamullail : Surau & Masjid Sekitar
Selangor & Kuala Lumpur.
KANDUNGAN
TEMUBUAL
Ustaz Ahmad ketika di temubual
kelihatan sangat mesra dan murah dengan senyuman. Beliau berasal daripada Kulala Lumpur dan
berketurunan kerabat diraja selangor. Dilahirkan di Morib dan memilih untuk
menetap terus di Kuala Lumpur. Meneruskan pembelajaran hanya disekolah biasa
dan mengambil peperiksaan umum dari UPSR sehinggalah SPM. Bercita-cita untuk
menjadi seorang ahli ulamak yang terkenal, dengan izin Nya, nama beliau kini
dikenali serata Malaysia bahkan turut dikenali oleh habib-habib arab. Memulakan
pembelajaran di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor, Selangor. Mahir dalam bidang seni
pertahankan diri sejak dibangku sekolah dan disayangi oleh para guru. Mengambil
subjek ERT semasa di Tingkatan 4 sebagai subjek pilihan membuatkan beliau
berbeza dengan pelajar-pelajar lelaki lain yang lebih gemar memilih subjek-subjek
seperti perdagangan dan sebagainya. Beliau memandang bukan hanya satu sudut.
Tetapi pemilihan kos tersebut adalah salah satu cabang ilmu yang beliau kuasai.
Ustaz Ahmad, bukan sahaja mahir dalam bidang seni pertahankan diri, bahkan
turut mahir seni kaligrafi dan memasak. Beliau meneruskan pengajian di Melaka
selama 3tahun dan menyambung pengajian di Yaman selama 4 tahun setengah
seterusnya di Mesir selama 1 tahun. Beliau telah dapat belajar dibawah bimbingan
Habib Umar yang merupakan salah satu ulamak terkenal dunia.
Selepas
bercerita sedikit tentang latar belakang. Kami bertanya mengenai cara beliau
membahagikan masa dengan tugas beliau sebagai penceramah, pengetua, dan
pelbagai jawatan lain. Beliau begitu tidak suka dengan istilah sibuk kerana
bagi beliau, kesibukannya tidak terbanding dengan kesibukan orang lain. Oleh
itu, beliau memang selalu cuba untuk memenuhi jemputan ceramah atau majlis yang
memerlukan beliau.
Seterusnya, cabaran beliau yang
tidak dapat dilupakan ialah sewaktu membangunkan sekolah Darul Muhibbin.
Terdapat satu konflik dalaman yang berlaku melibatkan pekerja Darul Muhibbin
dan beliau hilang separuh pelajar ekoran kejadian itu. Beliau juga mengatakan
karenah manusia sangat meletihkan terutamanya ibubapa kepada anak murid beliau.
Cerita beliau selanjutnya, beliau pernah dimarahi oleh ibu bapa selepas
membantu seorang pelajar yang tidak pernah bersekolah dan akhirnya pelajar itu
mendapat keputusan 5A.
Nasihat beliau untuk memantapkan
lagi ukhwah kita haruslah buang yang keruh dan ambil yang jernih. Hal ini
kerana, kalau hati kotor susah Islam hendak bersatu dan jika susah untuk
bersatu, cuba satukan dengan mencari satu titik pertemuan. Tambah beliau lagi,
pendakwah tidak boleh hendak memimpin umat jika hati berjuzuk-juzuk.
Selain itu, kami juga bertanya
pendapat beliau mengenai perbezaan antara pelajar agama dan pelajar biasa.
Jelas beliau semuanya berbalik kepada nawaitu iaitu niat ikhlas kepada Allah
SWT. Hal ini kerana, niat adalah paksi utama dalam setiap perbuatan dan
tindak-tanduk kita. Beliau juga menceritakan pada zaman dahulu, benda susah
untuk dimiliki berbanding zaman sekarang. Jadi orang dulu lebih menghargai
sesuatu yang mereka peroleh. Tetapi niat itu penting, orang zaman sekarang
boleh jadi seperti zaman dahulu bukan kerana sesiapa melainkan minat. Bak kata
pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
Akhirnya, harapan Ustaz Ahmad untuk
Darul Muhibbin ialah dapat melahirkan masyarakat berilmu dan maju selari antara
akhirat dan dunia.
FALSAFAH HIDUP
Prinsip oleh Ustaz
Ahmad:
-
Tidak lupa pada orang yang selalu
berada di belakang ketika sebulum kita berjaya.
- Sentiasa ingat jasa dan pengorbanan orang yang terdahulu seperti ibu bapa
dan guru yang telah banyak mencurahkan bakti.
PERBINCANGAN BENDA BARU
Pelbagai perkara baru
yang kami dapati daripada perbincangan. Antaranya ialah nilai-nilai murni yang
diamalkan oleh tokoh yang kami
pilih. Kami mendapati bahawa ketinggian tingkat usaha dan keyakinan beliau
kepada Allah merupakan pendorong kepada kejayaan beliau sehingga ke hari ini.
PENUTUP
Kesimpulan dapatan daripada temubual yang
kami peroleh, banyak iktibar dan pengajaran yang telahpun kami pelajari
daripada Ustaz Ahmad. Semangat dan keperibadian beliau telah dapat
membangkitkan semangat kami sebagai pelajar agar memperoleh kejayaan bukan
sahaja di dunia, malahan di akhirat juga.