Showing posts with label ustazahmahfuzah. Show all posts
Showing posts with label ustazahmahfuzah. Show all posts

DAPATAN KE MUZIUM

ASSALAMMUALAIKUM

Pendahuluan
Pada tarikh 21/2/16 sabtu kami telah pergi melawati Muzium Sultan Alam Shah (Kesenian Islam) untuk melakukan pemerhatian berkenaan tamadun islam, Alhamdulillah niat murni kami untuk melawati muzium tersebut telah di perkenankan oleh Allah SWT setelah beberapa kali kami menunda lawatan kemuzium tersebut. Cuaca pada pagi itu yang aman dan damai telah memberikan kami kelebihan untuk mencari muzium yang terletak di seksyen 14, Shah Alam, Selangor.

Pemilihan muzium ini pada dasarnya dipilih kerana ia terdapat satu galeri yang berkaitan tamadun islam. Namun terdapat juga beberapa adat resam dan kesenian tamadun-tamadun lain yang terdapat dipelajari. Tarikan muzium ini adalah dibina bagi menyimpan seribu rahsia khazanah dan artifak Negeri Selangor, budaya, adat dan istiadat masyarakat di Selangor. Gedung sejarah ini juga bertanggungjawab bagi memelihara pelbagai barangan berharga yang mencipta sejarah.


LAPORAN MUZIUM
Didalam muzium tersebut terdapat beberapa laporan yang telah kami dapati diantaranya:
1. Kaligrafi Islam
-terdapat pelbagai kaligrafi islam yang dilakar didalam piring(pinggan) yang berukir indah. Di dalam piring itu juga terdapat ukiran ayat-ayat suci Al-Quran yang banyak memberi kata-kata hikmah.





2. Tokoh Tokoh terkemuka islam
-di sana juga terdapat bibliografi tokoh-tokoh tamadun islam, tokoh yang telah banyak menyumbangkan jasa terhadap perkembangan agama islam sehinggalah ke hari ini.









3. Ukiran bangunan-bangunan kesenian islam
- Dari sini kami dapat lihat betapa cantik  dan indahnya seni orang Islam, hal ini jelaslah agama islam bukan satu agama yang mementingkan ilmu keakhiratan sahaja tetapi ilmu dunia harus juga dipraktikkan. 




ANALISA YANG TELAH DIKUMPUL
-Daripada pemerhatian kami ke muzium dapatlah kami rumuskan bahawa khazanah yang terdapat di muzium haruslah diperlihara dengan baik agar dapat memberikan pengajaran dan pedoman terhadap generasi akan datang. Kunjungan ke muzium telah meningkatkan kecintaan kami terhadap tamadun islam dan menghayati lebih banyak nilai-nilai sejarah yang terdapat disana.

REFLEKSI 6/6/16

ASSALAMMUALAIKUM

Pada pertamanya saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yang penuh barakah ini.
Alhamdullilah kita masih diberikan peluang oleh-Nya kesihatan tubuh badan untuk beribadat.

Pada hari ini kami hanya melakukan presentation mengenai tokoh-tokoh tamadun oleh itu refleksi pada hari ini adalah, saya dapat mempelajari pelbagai tamadun mempunyai keunikannya yang tersendiri. Alhamdullilah terdapat pelbagai nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari melalui presentation rakan-rakan yang lain juga.

Saya dan rakan-rakan sekumpulan telah menemurah seorang tokoh islam yang disegani, iaitu Ustaz Ahmad yang merupakan seorang pengasas kepada sekolah agama Darul Muhibbin. Nilai yang telah saya pelajar daripada ustaz tersebut terlalu banyak, namun nilai keredhaan selepas berusaha telah mengamit sanubari saya sebagai seorang pelajar. hal ini kerana, beliau seorang yang begitu meminati agama walaupun permohonannya telah banyak ditolak oleh sekolah agama berasrama namun yang demikian beliau tetap tidak pernah berhenti berputus asa seperti yang di katakan beliau ada "redha selepas bertawakal dan berusaha". sebagai seorang pelajar lepasan STPM, terus terang saya katakan bahawa STPM bukanlah pilihan utama saya selepas tamatnya SPM, namun subhanallah terlalu besar kuasa Allah SWT, dan terlalu bijak percaturan-Nya. Alhamdullilah saya sudah bergelar pelajar Degree Perancangan Bandar Dan Wilayah di Uitm. Bahkan kini apabila bergelar pelajar di Uitm saya merindui saat-saat ketika saya berada di STPM.


sekian
Wassalam 

REFLEKSI CTU551

Assalammualaikum WBT
pelajaran pada hari ini yang saya dapat ialah agama islam merupakan agama yang unggul malah tamadun islam yang sudah lama wujud juga tidak akan pupus sehinggalah hari kiamat. sebagai seorang muslim saya sangat bersyukur dilahirkan sebagai muslim, satu agama yang agung. saya berharap saya dapat memperbaiki diri saya dimasa akan datang. sebagai seorang muslim saya juga tidak seharusnya merendah-rendahkan agama yang lain.


SEKIAN

NURUL SYAFIQAH MHD YUNUS
2015146229


Refleksi 21/3/16 NURUL SYAFIQAH

Assalammualaikum.


Pelajaran yang saya dapat pada hari ini ialah Allah SWT sangat menyayangi dan mengambil berat terhadap hamba-hambaNya. Sebagai seorang manusia yang telah diberikan segala kenikmatan oleh Allah SWT. Saya seharusnya bersyukur terhadap segala yang dikurniakan kepada diri saya. Saya juga perlu memperbaiki diri saya agar menjadi manusia yang lebih baik, melakukan ibadat tanpa mengharapkan balasan dari-Nya.

NURUL SYAFIQAH MHD YUNUS
2015146229

Refleksi: NURUL SYAFIQAH MHD YUNUS

Assalammualaikum


Pada hari ini saya belajar mengenai tamadun melayu yang bertunjangkan agama islam. Sebut sahaja orang melayu secara automatic kita akan fikir orang yang beragama islam. Tanah melayu ini pada asalnya banyak menerima pengaruh agama islam termasuklah dalam pentadbiran  dan pengamalan adat resam. Sebagai seorang melayu yang beragama islam saya berharap dapat menjaga adab dan tingkah laku sebagai seorang muslim. di samping itu, saya juga memberikan contoh yang baik kepada rakan-rakan bukan islam terhadap agama islam itu sendiri. 

Sekian terima kasih

 NURUL SYAFIQAH MHD YUNUS
2015146229



REFLEKSI: TAMADUN YANG SEJAHTERA



Assalammualaikum WBT
Pembelajaran yang saya dapat pada hari ini adalah betapa pentingnya bagai seseorang insan untuk menjaga roh. Bagi mendapat tamadun yang sejahtera manusia yang mendiami sesebuah tamadun itu perlulah menjaga roh di samping jasad. Sifat roh yang suci dan mulia kerana telah memilih Allah sebagai tuhan yang satu. Pada masa yang sama manusia juga mempunyai jasad yang memiliki sifat pelupa, suka berehat, makan serta minum, punya nafsu, dan pemarah, sifat-sifat  ini bukanlah satu sifat yang buruk malah ia menjadi pelindungi kepada manusia ketika hayat kita di dunia. Walau bagaimanapun  syaitan yang menjadi penghalang kepada manusia untuk menunaikan perjanjian diantara roh dan Allah SWT. Pada masa yang sama Allah SWT juga telah menurukan seorang rasul untuk membimbing manusia ke jalan Allah iaitu Nabi Muhammad SAW. Tamadun Islam yang terbina pada zaman Rasullulah adalah sebaik-baik tamadun yang pernah wujud didunia. pada pendapat saya pegangan agama yang kuat oleh pemimpin pada masa kini mampu mengubah masa depan negara. Hal ini telah memberikan semangatkan kepada saya agar menjadi khalifah yang mampu menjadi pengerak kepada tamadun yang lebih baik.  

SEKIAN TERIMA KASIH



NURUL SYAFIQAH BINTI MHD YUNUS
2015146229
 
Tamadun Pencetus Bangsa Copyright © | Template designed by Liza Burhan | SEO by Islamic Blogger Template