MASITHOH BINTI MD ARIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disini saya ingin berkongsikan  refleksi pembelajaran mingguan saya dalam subjek Tamadun islam dan Tamadun asia (TITAS). Diharapkan perkongsian saya ini dapat menambah ilmu kepada kita semua.

17 Mac 2016


Pada minggu ini,refleksi yang dapat saya kongsikan ialah mengenai tamadun. Tamadun bermaksud peradaban. Tamadun dibina oleh manusia. untuk membina sesuatu tamadun manusia perlu ada akal.Sebab itu Allah s.w.t telah mengurniakan manusia akal fikiran yang tiada pada makhluk ciptaanNya dibumi kecuali manusia.Dengan akal manusia dapat menjadi khalifah di muka bumi untuk tadbir urus alam dan menegakkan agama Allah. Dengan akal manusia dapat membezakan baik buruk sesuatu perkara dan dengan akal juga manusia dapat mencipta benda baru melalui benda yang sedia ada yang diciptakan oleh Allah.


21 Mac 2016


Assalamualaikum

Dalam pembelajaran kali ini, saya dapat  mengetahui wujudnya kehidupan roh sebelum roh masuk ke dalam jasad. Kita mempunyai 5 alam iaitu alam roh,alam barzah,alam rahim,alam dunia, dan alam akhirat. Semasa alam roh, berlakunya satu perjanjian antara roh dengan Allah. Roh telah memilih untuk menerima agama Allah. Roh memilih untuk menerima agama Allah secara sedar dan sukarela. Hal ini kerana roh sememangnya telah mengenali sifat Allah s.w.t dan roh tunduk kepada Allah. Sifat mulia roh ialah kasih sayang antara satu sama lain. Oleh itu,kita sebagai manusia perlulah berusaha untuk menunaikan perjanjian roh dengan Allah dan kembali kepada fitrah. Akhir sekali .Kita perlulah menuntut ilmu dengan sebanyak mungkin. Hal ini kerana, untuk kembali kepada fitrah manusia perlu ada ilmu.


28 Mac 2016

Assalamualaikum.


pembelajaran minggu ini mengenai wujudnya juga perjanjian antara iblis dengan Allah s.w.t. Iblis berjanji dengan Allah untuk meyesatkan umat islam. Iblis ingin menjauhkan umat manusia dari tempat asal (roh). Selain itu, saya juga dapat mengetahui wujudnya Nabi Muhamad s.a.w sebelum Nabi Adam iaitu dalam bentuk cahaya. disini saya dapat mengetahui betapa sayangnya Nabi Muhamad terhadap umatnya. Sebagai contoh, sebelum menghembuskan nafas terakhir,baginda berdoa kepada jibrail agar sakitnya mati tu hanya baginda sahaja yang merasa. Baginda takut umatnya tidak mampu untuk menanggung sakitnya mati. disini kita dapat lihat betapa sayangnya Nabi Muhammad terhadap umatnya sedangkan kita lalai dengan mengejar dunia.



 
Tamadun Pencetus Bangsa Copyright © | Template designed by Liza Burhan | SEO by Islamic Blogger Template