Refleksi Mingguan

     

17 March 

Assalamualaikum
 

Refleksi pada kali ini saya mengenali keadaan diri sendiri daripada asal kejadian roh kerana roh adalah suatu benda yang suci dan dimasukkan ke dalam jasad ketika proses kejadian manusia dilakukan. Maka, dengan itu keadaan roh telah bertukar kepada bentuk, perilaku dan rupa jasad biarpun begitu roh akan menunjukkan tanda tanda yang dirinya amat merindui keadaan yang asal iaitu keadaan yang mana kesucian roh itu amat terjaga dan tidak terusik dengan perkara maksiat dan sebagainya. Saya juga mengetahui kesucian roh ini akan lebih terjaga dengan membentuk tamadun yang sejahtera kerana sebuah tamadun itu perlu membahagiakan seluruh umatnya manusia dari segi zahir dan batin. Saya juga diingatkan bahawa manusia itu perlu redha dengan takdir dan doa adalah senjata yang ampuh untuk mengubah takdir tetapi dengan izin-Nya. Bersangka bak kepada ALLAH S.W.T dalam apa jua keadaan dan menyerahkan sebulat hati kepada-Nya tanpa ragu ragu kerana ALLAH S.W.T telah berfirman "Aku bertindak dengan sangkaan hamba-KU kepada-KU". Jika kita merosakkan diri ini maka roh rasa terpanggil kerana dirinya yang dahulu adalah suci. 



21 March  

Assalamualaikum

Pada minggu ini saya mengetahui lebih mendalam mengenai sifat sofat roh iaitu roh ini menerima agama ALLAH S.W.T tanpa menolaknya dan memilih untuk terima ketuhanan ALLAH S.W.T dengan kehendak-Nya sendiri serta menerima ALLAH S.W.T secara sedar. Daripada situ saya dapati roh ini amat terpelihara kejadian-Nya kerana bersifat suci, mulia, terpuji dan mempunyai nur daripada kekasih ALLAH S.W.T iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Dengan itulah roh akan sentiasa kekal biarpun jasad hancur dimamah bumi dan sebagai manusia kita perlulah menjaga kemuliaan  dan membersihkan roh itu dengan keimanan. Keimanan itu harus diusaha dan dicari sendiri oleh setiap anak Adam agar kita berasa cinta kepada diri sendiri dan sepanjang mencari butir butir keimanan itu manusia akan dilanda dengan pelbagai ujian yang tidak terduga dan disitulah semangat tidak berputus asa dengan diri sendiri perlu kuat. Saya amat terkesan kerana manusia sering mengeluh jika dilanda ujian tetapi dengan mempelajari CTU ini semangat dan keyakinan terhadap ALLAH S.W.T semakin membunga.



28 March 

Assalamualaikum

Kelas hari ini saya telah melakukan pembentangan bersama ahli kumpulan mengenai 'Kelahiran dan Perkembangan Tamadun Islam'. Tajuk ini terasa amat dekat dengan hati saya kerana ianya berkaitan dengan Islam. Saya lebih memahami Islam itu sangat menggalakkan umat mempunyai ilmu dan penggunaan akal dalam menerima apa sahaja berita yang disampaikan kepadanya. Dengan penerangan pensyarah dan juga interaksi dengan rakan sekelas kami berbincang mengenai pemimpim Islam yang menonjolkan ciri pemerintah yang baik. Dengan melakukan pembentangan ini saya mendapat gambaran yang jelas mengenai Tamadun Islam ini bahawa umat Islam itu sendiri perlu bersatu teguh dan utuh menjadi kuat dengan itu musuh musuh Islam yang lain akan gerun untuk memecahbelahkan umat.  



4 April 

Assalamualaikum

Kali ini saya diperkenalkan dengan dengan Tamadun Melayu yang mana mempunyai empayar yang luas meliputi seluruh tempat di wilayah Nusantara, Istilah Malayu telah dijumpai dalam beberapa rekod rekod Melayu lama dan Sanskrit misalnya. Pelbagai penemuan telah dijumpai yang menyatakan kewujudan alam Melayu ini pada awalnya dipengaruhi oleh Hindu-Buddha tetapi telah menerima pengaruh agama Islam pada abad ke-7M. Kedatangan Islam telah mendapat tempat dihati masyarakat Melayu kerana kelembutan agama Islam itu sendiri dan kerana itulah Islam lebih mudah diterima oleh masyarakat Melayu begitu juga dengan golongan pembesar dan raja-raja Melayu. Kedatangan Islam memperlihatkan berlaku beberapa perubahan dalam kehidupan masyarakat Melayu seperti dalam sistem pemerintahan seperti penghapusan sistem perhambaan, menukarkan gelaran raja kepada sultan dan menjalankan undang undang Islam. Adat Melayu juga mementingkan pendidikan secara tidak langsung terhadap anak anak mereka dengan menwujudkan beberapa pantang larang seperti anak dara tidak boleh menyanyi didapur , tidak boleh menjahit pada waktu malam dan tidak boleh membunuh ular didalam rumah. 


18 April 

Assalamualaikum

Refleksi saya pada hari ini berkaitan dengan kebaikan menyebarkan ilmu. Seringkali kita berasa kedekut dalam menyebarkan ilmu kerana takut ataupun iri hati jika sahabat kita akan mendahului kita dalam pelajaran atau sebagainya. Perasaan iri hati itu perlu dihindari supaya kerana ilmu yang sedikit disampaikan itu merupakan hijab kita dalam menuntut ilmu dan akan dihujahkan dinegara akhirat sana. Walaupun sebesar zarah ilmu yang disampaikan pahala dan ganjarannya tetap akan mengalir selama mana ilmu tersebut digunakan. Selain itu, pensyarah telah memberi peringatan untuk mengambil tahu peruhal syiah yang semakin aktif pada masa kini dan menjadi bayangan hitam yang buruk terhadap umat Islam. Isu ini dibangkitkan oleh musuh musuh untuk memecahbelahkan umat dalam diam tanpa disedari. 


25 April  

Assalamualaikum

Saya diberi peluang untuk mengetahui perihal mewarnakan rambut. Haram mewarnakan rambut kerana ianya tidak sah untuk mandi wajib bagi lelaki dan perempuan walaupun perkara ini sering dipandang remeh oleh sesetengah orang. Seterusnya, kita perlu melatih diri untuk mengurangkan makan dan perbanyakkan zikir serta istighfar sebagai persiapan untuk menghadapi bulan Rmadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Kita seharusnya mempunyai amalan yang komited dengan ALLAH S.W.T supaya hari hari yang dilalui setiapnya mempunyai keberkatan. Mulakan dengan amalan sunat tetapi cukupkan yang wajib terlebih dahulu dan tambahkannya mengikut sasaran kita. Yang terbaik istighfar dan zikirlah 100 kali sehari kerana disitu terdapat keberkatan yang dijanjikan ALLAH S.W.T . Daripada amalan yang berterusan dilakukan itu kita akan mendapat kekuatan daripadanya tanpa disedari dengan amalan itu juga kita semakin dekat kepada ALLAH S.W.T. 


 9 Mei 

Assalamualaikum

Hari ini saya belajar bahawa sifat dosa itu menyebabkan kita gelisah dan tidak tenteram dan jiwa jadi menderita hal ini berbalik kepada keadaan sebenarnya roh yang saya pelajari pada awal pengajian saya. Walau sebesar mana dosa seseorang itu selagi dia bernyawa dan memohon ampun kepada Allah S.W.T pasti dia akan diampuni kerana Allah S.W.T bertindak sebagai mana sangkaan umatnya terhadap-NYA. Dan saya juga mempelajari kadangkala Allah S.W.T mengembalikan hambanya melalui jalan jalan dosa supaya mereka sedar akan kesilapan yang dilakukan dan kembali bertaubat. Selain itu, saya juga gender tidak memainkan peranan dalam memilih pemimpin asalkan dibelakang pemimpin itu adalah orang berilmu dan didalam Islam itu merujuk kepada Majlis Syura. Saya perlu muhasabah diri secara berterusan untuk mengelakkan rasa gelisah kerana setiap hari saya melakukan dosa yang sedari dan tanpa disedari dan kerana itu saya perlu berusaha memohon keampunan kepada ALLAH S.W.T.




16 Mei  23 Mei 

Assalamualaikum

Refleksi saya hari ini berkaitan dengan jangan memandang rendah terhadap kebaikan yang kecil kerana kita tidak tahu kebaikan apa yang dipandang ALLAH S.W.T dan ganjaran yang bakal diperolehi. Saya perlulah berharap perkara yang baik untuk saya dan juga untuk orang disekeliling saya dan terus berdoa agar mereka dan saya berubah menjadi hamba yang lebih baik dari sebelumnya.Pada kelas hari ini juga saya mendapat pendedahan mengenai Tamadun India. Perkembangan Islam di India amat menarik hati saya kerana masyarakat India juga tertarik dengan keindahan ajaran agama Islam dan perkahwinan yang terjalin antara orang Islam dan orang India menyemarakkan lagi perkembangan yang tercetus. Saya berasakan kita perlu memelihara keindahan agama Islam dan mempertahankannya supaya persepsi yang baik ini terus berkekalan. 




 23 Mei 


Assalamualaikum

Saya belajar mengenai tujuan kehidupan yang sebenar iaitu sebagai hamba dan juga khalifah yang dipertanggungjawabkan nanti dinegara akhirat kelak. Jangan terlalu mengejar dunia sehingga melupakan akhirat perlu seimbangkannya. Walaupun saya sibuk dalam menyiapkan tugasan tetapi jangan sampai meninggalkan perkara yang wajib. Selain itu, mati merupakan kembalinya kita terhadap sifat sebenar yang ALLAH S.W.T telah jadikan ianya merupakan tempat berehat yang kekal abadi jauh daripada hiruk pikuk dunia dan segala urusanya. Dengan itu saya untuk mengenal ALLAH S.W.T sebelum pulang ke negara akhirat sebagai bekalan untuk menghadap pencipta saya. 


salam sayang 

NUR AIN BT KAMARUDDIN 








   



 
Tamadun Pencetus Bangsa Copyright © | Template designed by Liza Burhan | SEO by Islamic Blogger Template