REFLEKSI MINGGUAN - AFIQAH BINTI ALIAS

17 March 2016

Assalamualaikum, 

Disini saya ingin berkongsi mengenai ilmu yang telah saya dapati didalam kelas iaitu mengenai pilihan Allah S.W.T. Didalam alam roh lagi Allah S.W.T telah memberikan pilihan kepada kita dan akal yang membezakan pilihan itu untuk tujuan yang baik atau sebaliknya. Dengan itu saya perlu kuat dalam hidup ini untuk melawan nafsu kerana iblis telah berjanji untuk menyesatkan umat manusia ini hingga ke hari kiamat.



21 March 2016

Assalamualaikum,

Saya ingin ceritakan pelajaran hari ini iaitu Allah S.W.T sangat menyayangi hambaNya jadi dengan itu Allah S.W.T telah memberikan sifat sifat roh didalam bentuk jasad supaya manusia dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Jikalau jasad lemah maka manusia tidak akan mampu melunaskan janji semasa manusia itu di alam roh lagi. Oleh itu, Allah S.W.T telah memberikan kita akal dan bimbingan untuk mengawal sifat buruk jasad supaya menjadi manusia yang beriman kepadaNya. Jadi, saya akan sentiasa muhasabah diri dan berusaha untuk mengawal jasad agar sifatnya dan roh tidak terpisah. 

28 March 2016

Assalamualaikum,

Hati saya akan tersentuh apabila diceritakan sememangnya naluri manusia itu selalu ada rasa ingin tahu mengenai perkara yang akan berlaku selepas kematian. Ini kerana roh menjadi tertunggu tunggu untuk balik kepada sifat asalnya dan kerana itulah ada ketikanya perasaan itu rasa akan kehilangan tetapi tidak mengetahui apa sebenarnya yang hilang itu. Jadi, saya berazam untuk menjaga kemualiaan roh agar ianya tidak tercemar.InshaAllah

4 April 2016

Assalamualaikum,

Hari ini saya belajar tentang Tamadun Melayu yang dakwah Islamnya datang dari Tanah Arab. Tanah Melayu menerima unsur Islam dari Tanah Arab dan telah menerapkan ajaran Islam dalam banyak perkara termasuk adat dan pentadbiran. Oleh itu, saya berharap orang Melayu akan terus memartabatkan Islam. 

18 April 2016

Assalamualaikum,

Hari ini saya belajar tentang istilah tawasul iaitu menggunakan orang tengah untuk meminta hajat kepada Allah SWT. Selain itu, kita juga boleh menyebut amalan-amalan kita. Oleh itu, saya akan menggunakan tawasul sebagai salah satu cara ketika saya sangat berhajatkan sesuatu selain berusaha meningkatkan amalan baik saya sendiri. InshaAllah.


25 April 2016

Assalamualaikum,

Hari ini saya dapat satu ayat yang sangat menarik dan memberi kesan yang mendalam iaitu " kebaikan kalau tidak disertakan perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan". Pada pendapat saya, ayat ini menarik kerana mempunyai satu peringatan yang kita sentiasa lupa dalam keterujaan untuk membuat kebaikan. Oleh itu, saya akan selalu mengingatkan diri saya untuk sentiasa merancang dan membetulkan niat sebelum melakukan sesuatu.


9 Mei 2016

Assalamualaikum,

Hari ini saya belajar sesungguhnya Allah SWT itu maha penerima taubat. Oleh itu saya harus meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada Allah SWT dengan tidak berputus asa untuk terus berharap dan memohon keampunan.


16 Mei 2016

Assalamualaikum,

Hari ini saya belajar tentang kesan Islam ke atas alam melayu dari segi ekonomi iaitu Islam menzahirkan kerahmatan yang membentuk alam melayu. Jadi sebagai bangsa melayu dan umat islam saya berazam untuk terus mengamalkan Islam yang sebenar agar hidup diberkati dan dirahmati.


23 Mei 2016

Assalamualaikum,

Pada zaman yang penuh dengan kemajuan, barat telah banyak mempengaruhi melalui media dan penguasaan sosial. Penyebaran maklumat dan fitnah tentang Islam yang direka demi menghina dan mewujudkan agenda anti islam. Tambahan lagi dengan pengaruh filem, artis yang dijadikan idola dan fesyen pakaian yang keterlaluan. Semua pengaruh ini dapat dilihat ke atas remaja masa kini. Pada pendapat saya, tidak salah untuk bersosial, berfesyen dan sebagainya tetapi haruslah dibatasi dengan nilai agama. InshaAllah jika agama diletakkan sebagai penapis dalam setiap perkara, hidup akan selamat dan diberkati oleh Allah SWT. 



AFIQAH BINTI ALIAS 

 
Tamadun Pencetus Bangsa Copyright © | Template designed by Liza Burhan | SEO by Islamic Blogger Template